fbpx

Raja Muda Perlis titah koperasi aktif bantu tangani masalah kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bersama pegawai agensi kerajaan dan usahawan pada Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kuskop di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, dekat Kangar hari ini.

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail titah lebih banyak koperasi terlibat secara aktif dalam membantu kerajaan menangani masalah kos sara hidup rakyat ketika ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pihak koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan perlu aktif mengambil bahagian dalam program jualan usahawan dan koperasi dianjurkan kerajaan.

“Dalam hal ini, besarlah harapan saya supaya program-program seumpama ini (Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dapat diperbanyakkan serta dipelbagaikan pada masa akan datang.

“Ia bukan sahaja mampu menjana pendapatan dan perkembangan perniagaan usahawan dan koperasi, malah rakyat tempatan juga akan beroleh manfaat pengurangan kos sara hidup melalui tawaran barangan dan perkhidmatan pada harga sangat berpatutan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, dekat sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, baginda percaya program seumpama itu mampu memberi impak besar dan menjadi batu loncatan kepada perkembangan potensi perniagaan daripada segi promosi dan pemasaran produk serta perkhidmatan usahawan, penjaja dan koperasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI