fbpx

Kroos sedia kembali sarung jersi Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KROOS

MADRID – Pemain tengah veteran, Toni Kroos membuat ‘pusingan U’ apabila mengesahkan sedia untuk keluar daripada persaraan dan kembali mewakili skuad kebangsaan Jerman buat kali pertama sejak tahun 2021.

Sebagai rekod, Kroos telah bersara sepenuhnya daripada pentas antarabangsa pada tiga tahun lalu selepas tamat kempen Euro 2020 yang menyaksikan Jerman terkandas di pusingan 16 terbaik selepas tewas 0-2 kepada England.

Namun, Kroos mengubah fikiran apabila apabila sudi untuk menyarung jersi kebangsaan Die Mannschaft sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih, Julian Nagelsmann pada saingan antarabangsa bulan depan.

Pemain berusia 34 tahun itu mengesahkan sangat berminat untuk mewakili negaranya bagi mengharungi kempen Euro 2024 dengan Jerman menjadi tuan rumah pada Jun depan.

“Saya akan kembali menyarung jersi Jerman bermula pada Mac depan. Secara jujur, saya telah dihubungi oleh Nagelsmann dan sedia untuk keluar daripada persaraan.

“Ini adalah peluang terbaik buat saya buktikan keupayaan sebenar terutama pada kempen Euro 2024 di laman sendiri nanti kerana tiada apa yang mustahil,” kata tonggak kelab Real Madrid itu.

Kroos sebelum ini telah membuat 106 kaps di pentas antarabangsa bermula tahun 2010 hingga 2021 dengan menjaringkan 17 gol secara keseluruhan.

Pencapaian terbaik Kroos adalah membantu Jerman menjulang trofi Piala Dunia edisi 2014 di Brazil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI