fbpx

Penyeludup penat dikejar akhirnya serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dipandu suspek yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Terbak, Tumpat semalam. FOTO IHSAN KPDN

TUMPAT – Seorang lelaki yang disyaki penyeludup menyerah diri selepas keluar dan melarikan diri apabila kereta dipandunya yang membawa 75 liter petrol ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri(KPDN) Kelantan di Kampung Terbak, di sini malam tadi.

Suspek yang berusia 23 tahun itu dicekup kira-kira pukul 7.15 malam semasa cuba meloloskan diri ke dalam kawasan semak.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya mengesan suspek bersama beberapa rakan-rakannya sedang mengisi petrol secara berulang di sebuah stesen minyak di Kampung Kelaboran, di sini.

Menurutnya, anggota penguat kuasa KPDN Kelantan bersama bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor melihat sekumpulan lelaki itu keluar secara melulu dari stesen minyak berkenaan.

“Anggota penguat kuasa mengekori sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu suspek sejauh tujuh kilometer.Semasa tiba di Kampung Terbak, suspek bertindak menghentikan kereta tersebut sebelum melarikan diri ke dalam kawasan semak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Azman memberitahu, suspek kemudiannya ditahan apabila menyerah diri selepas penat meloloskan diri sejauh 100 meter.

Katanya, pemeriksaan di dalam kereta itu kemudiannya menemui sebanyak 75 liter petrol di dalam tangki ubah suai yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI