fbpx

Harta Mokhzani banyak, tempoh lanjutan wajar diberikan – Azam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali-10 di Dewan Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lanjutan tempoh 30 hari ke atas ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Tan Sri Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan atas dasar kewajaran.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didapati mempunyai harta yang banyak dan mereka perlu meneliti dengan tepat setiap aset yang perlu diisytihar.

“Mokhzani ada memohon masa tambahan sebelum ini dan SPRM telah melanjutkan selama 30 hari lagi.

“Tempoh masa yang diberikan itu adalah wajar berdasarkan kepada penerangan pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan tersebut.

“Ini kerana harta yang terlibat untuk disiasat adalah banyak dan perlu terperinci untuk mendapatkan dokumen atau akaun berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali-10 di Dewan Tun Hussien Onn, di sini, hari ini.

Menurut Azam, dua anak Dr. Mahathir itu memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM sepanjang siasatan dijalankan.

Ditanya sama ada tempoh lanjutan pengisytiharan harta boleh dipohon selepas ini, beliau memberitahu, permohonan seterusnya boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.

Namun begitu, jar beliau, permohonan tersebut perlu disemak terlebih dahulu oleh pegawai penyiasat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI