fbpx
ALWIYAH (kiri) ketika melakukan ziarah menyantuni penduduk di kawasan DUN Endau yang kurang upaya.

Endau bukan sekadar kawasan pilihan raya, ia tempat saya berbakti – Calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​MERSING – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib menyifatkan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk beliau mempertahankan kerusi tersebut sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat.

​Alwiyah berkata, peluang bertanding semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 kali ini bukan satu kemenangan peribadi, sebaliknya medan untuk menyambung kerja-kerja kebajikan yang masih tertangguh demi kesejahteraan penduduk setempat.

​”Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Bila pucuk pimpinan beri kepercayaan untuk saya kekal di Endau, perasaan saya bercampur baur, tapi yang paling utama, saya rasa tanggungjawab yang makin berat.

“Bagi saya, Endau ini bukan sekadar kawasan pilihan raya, ia tempat saya berbakti, tempat saya kenal susah senang penduduknya. Saya anggap ini peluang untuk saya sambung kerja-kerja yang tertangguh dan pastikan apa yang kita dah mulakan sama-sama sebelum ni dapat diselesaikan dengan sempurna.

“Saya tak pandang ini sebagai kemenangan peribadi, tapi sebagai amanah untuk terus berkhidmat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyandang kerusi DUN Endau dua penggal berturut-turut itu berkata, mengenai harapannya terhadap pengundi di DUN Endau, Alwiyah menegaskan beliau lebih selesa membuktikan prestasi menerusi gerak kerja nyata berbanding menabur janji-janji manis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN