fbpx

Ahli pertubuhan haram di Sabah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang ahli pertubuhan haram dikenali sebagai Armada Jalinan Borneo (AJB) dalam Op Cantas dijalankan semalam. -Foto: Ihsan Polis-

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang ahli pertubuhan haram dikenali Armada Jalinan Borneo (AJB) berusia 32 tahun dalam Op Cantas semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd. Rahim berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan itu yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Sabah pada pukul 10.30 pagi.

“Pertubuhan itu dipercayai hanya aktif di Kota Kinabalu dan Lahad Datu. Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendapati kumpulan tersebut tidak berdaftar.

“Siasatan turut mendapati pertubuhan terbabit mempunyai seramai kira-kira 10 ahli.

“Turut dirampas sehelai kertas tertera ikrar angkat sumpah majlis kumpulan tersebut dan lapan keping borang permohonan keahlihan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi memberitahu, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini untuk tindalan lanjut.

Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti ahli kumpulan pertubuhan tersebut dan penglibatan mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI