fbpx

Tidak ada pemimpin NGO terlibat isu keganasan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Tiga pemimpin daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak terlibat dengan isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO berkenaan memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.

Jelasnya, kira-kira 359 individu terlibat membabitkan 53 kumpulan NGO dalam operasi tersebut.

“Sebelum operasi itu kita mulakan, tentunya kita membuat semakan supaya tiada masalah apabila mereka menjalankan operasi di sana (Gaza).

“Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO yang terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.

“Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Sabtu, media melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam Terrorist Screening Centre atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh FBI.

Susulan itu, Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI