fbpx

Gabungan 13 NGO rayu redakan provokasi etnik, agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabungan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada pelbagai bangsa merayu rakyat Malaysia melawan kebencian dan provokasi terhadap etnik atau agama di negara ini menggunakan pendekatan rahmah.

PETALING JAYA – Gabungan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada pelbagai bangsa merayu rakyat Malaysia melawan kebencian dan provokasi terhadap etnik atau agama di negara ini menggunakan pendekatan rahmah.

Menerusi kenyataan hari ini, gabungan 13 NGO tersebut menjayakan gerakan #MZB265 atau ‘Melawan Benci Dengan Rahmah Setiap Hari’ menerusi amalan memohon dan memberi maaf.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia mengangkat amalan ‘maaf zahir batin’ ke tingkat lebih tinggi.

“Amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran Islam dan juga dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme serta komuniti orang asal atau asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Mari lazimkan amalan memohon dan memberikan ‘maaf zahir batin’ sepanjang tahun, tidak terhad semasa Aidilfitri, bahkan dari awal Muharram hingga Zulhijjah, dari 1 Januari hingga 31 Disember dan sepanjang 365 hari setahun,” katanya.

Gabungan 13 NGO tersebut ialah Projek SAMA, Angkatan Belia Islam Malaysia, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall, G25, Architect of Diversity, Muslim Professional Forum, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs dan Gabungan Bertindak Malaysia.

Seterusnya ialah IDEAS, Persatuan Patriot Kebangsaan, Pure Life Society, Buddhist Missionary Society Malaysia dan Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia.

Kenyataan itu menegaskan, apabila memaafkan orang lain, ia tidak menjadikan seseorang lebih lemah atau secara tidak sedar menggalakkan lebih banyak salah laku.

“Bukan untuk mengkompromikan kedaulatan undang-undang. Apabila pesalah melanggar undang-undang, pesalah tetap menghadapi pengadilan dan hukumannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI