fbpx

Stoking kalimah Allah: Datuk Seri KK, isteri akan kemuka representasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kee Kan dan isterinya Siew Mui (kedua-duanya berkaca mata) ketika hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO

SHAH ALAM – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung dua pertuduhan dalam isu stoking kalimah ‘Allah’.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Kee Kan , 57 dan Siew Mui, 53, pada sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Muhamad Anas Mahadzir, di sini hari ini.

Menurut peguam tersebut, pihaknya akan memfailkan representasi berkenaan selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada pihak pendakwaan, hari ini.

“Pihak kami memohon suatu tarikh sebutan ditetapkan kerana akan memfailkan representasi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat berkata, pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pembelaan, hari ini.

Pada masa sama, pihak pendakwaan juga memohon supaya kes dihadapi pasangan suami isteri itu dibicarakan bersama dengan kes membabitkan pengarah bagi syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn. Bhd.

“Pihak pendakwaan mohon kes-kes ini dibicarakan bersama selaras dengan Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah dan saya percaya pihak pembelaan tidak membantah. Pendakwaan juga memohon supaya tarikh perbicaraan ditetapkan,” kata Khairul Azreem.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun ini mengetahui status representasi berkenaan.

Pada 26 Mac lalu, Kee Kan dan Siew Mui didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkaitan kesalahan penjualan stoking bercetak kalimah ‘Allah’.

Turut didakwa ialah tiga pengarah syarikat Xin Jian Chang Sdn. Bhd iaitu Goh Li Huay; 62, Soh Hui San, 36, dan Soh Chin Huat, 61. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI