fbpx

Kerjasama MCMC, NGO, PDRM tangani jenayah seksual kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi perbincangan tersebut diketuai oleh Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya, semalam.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Yayasan Chow Kit (YCK) serta lebih sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perbincangan bagi menangani isu jenayah seksual seksual terhadap kanak-kanak.

Sesi perbincangan tersebut diketuai oleh Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya, semalam.

MCMC dalam kenyataan berkata, intipati perbincangan antaranya melibatkan statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif di antara MCMC, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan NGO.

“Ia sebahagian usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia,” katanya hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa, Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd. Yasin, wakil PDRM Superintenden Hirdawati Isa. Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin dan Pengarah Eksekutif Childline Foundation Datin PH Wong.

Turut hadir adalah wakil daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women’s League (JEWEL). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI