fbpx

PRK Kuala Kubur Baharu: PH perlu bertanding macam ‘anak jantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukri pada sidang akhbar di bilik gerakan Perikatan Nasional (PN), hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI KOSMO!

HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) meminta Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding secara sihat dan tidak memanipulasi jentera kerajaan mahupun wang rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Pemuda PN Selangor, Sukri Omar berkata, budaya kebetulan memberikan bantuan dan penganjuran rumah terbuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu merupakan strategi lapuk.

Menurutnya, sikap kebetulan itu adalah bukti bahawa PH sedar mereka tidak berdaya berhadapan dengan kemarahan rakyat melainkan dengan menabur janji dan membuat serangan politik murahan terhadap pihak lawan.

“PN mengecam tindakan PH yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk berkempen. Rakyat tidak bodoh untuk menerimanya sebagai kebetulan. Ada 600 DUN di Malaysia dan 55 DUN di Selangor.

“Tetapi sebab PRK, Kuala Kubur Baharu menjadi istimewa untuk PH. Ini tidak betul dan PN akan terus lawan. Jika benar PH ‘anak jantan’, bertandinglah secara sihat,” katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan PN, di sini hari ini.

Bagaimanapun, sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari menafikan bahawa penganjuan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di pekan Kuala Kubu Bharu kelmarin melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Mengulas lanjut, Sukri berkata, peruntukan RM5.21 juta oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini jelas mempunyai agenda untuk ‘memancing’ pengundi memandangkan calon mereka merupakan bekas setiausaha akhbar menteri di kementerian terbabit.

Sementara itu, jelasnya, PN serius untuk menangani masalah yang membelenggu warga Kuala Kubu khususnya dalam menaik taraf inrastuktur jalan raya dan penambahbaikan kemudahan talian internet.

“Sepatutnya isu ini tidak berlaku di negeri yang maju seperti Selangor. Buktinya, hampir 68 aduan bertulis dari rakyat pernah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasnizan Harun,” tambahnya.

Justerunya, katanya, Biarpun PRK KKB tidak mengubah kedudukan Menteri Besar Selangor, namun ia sangat penting bagi manifestasi rakyat yang tertekan dengan Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI