fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca ketika ini di semenanjung berada dalam keadaan cerah dan tiada hujan yang berlaku.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya pagi ini memaklumkan, di bahagian utara iaitu di Kedah, Perak dan Pulau Pinang di mana hujan yang berlaku sejak pagi tadi telahpun reda.

Katanya, hujan ketika ini hanya berlaku di kawasan perairan di Selat Melaka yang melibatkan pesisir pantai negeri Perak dan juga Selangor.

“Sebelah petang nanti pula, MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca lembap akan berlaku di kebanyakan negeri di semenanjung Malaysia. Hujan akan mula terbentuk di sekitar Banjaran Titiwangsa dan seterusnya berlaku di kawasan pedalaman Semenanjung.

“Hujan akan bergerak perlahan ke arah barat selari dengan angin tiupan dari arah timuran, justeru pada sebelah petang nanti huhan berserta ribut petir akan berlaku di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan pedalaman Pahang,” katanya, di sini hari ini.

Bagi negeri Sarawak ketika ini dilaporkan dalam keadaan cerah di kesemua negeri di semua bahagian dan hujan renyai hanya berlaku di satu tempat di pesisir pantai di bahagian Mukah.

“Sementara itu di Sabah pula, hujan di bahagian Sandakan dijangka akan beransur dalam sedikit masa lagi sementara pada sebelah petang nanti seperti semenanjung, MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca lembap akan berlaku di hampir kesemua bahagian terutamanya di pedalaman Sabah.

“Keadaan sama turut diramal berlaku di selatan negeri Sarawak yang melibatkan bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Seri Aman, Sarikei, Mukah dan Betong,” ujarnya.

Sementara itu MetMalaysia berkata, rantau negara buat masa kini masih lagi menerima pengaruh angin daripada arah timuran dengan kelajuan yang agak sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam dengan keadaan angin yang kurang signifikan.

“Susulan itu, MetMalaysia buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang amaran angin kencang serta laut bergelora di mana-mana kawasan perairan di rantau negara.

“Terdapat kawasan penumpuan angin di kawasan pedalaman semenanjung Malaysia dan juga di bahagian tengah di negeri Sarawak dan atas faktor ini kita menjangkakan pada sebelah petang nanti keadaan cuaca lembap akan berlaku di kawasan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI