fbpx

30,000 tan metrik benih padi dihasilkan di loji baharu PPN Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sham (dua dari kanan) bercakap kepada salah seorang penerima baucar di Dewan Komuniti Jalan Raja Syed Thauphy, Bagan Serai, hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Sebanyak 30,000 tan metrik benih padi dijangka dihasilkan di loji benih padi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di Simpang Lima, Parit Buntar yang akan mula beroperasi pada Julai hadapan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPN Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, meskipun kuota sebenar belum lagi diperolehi namun dalam jangkaannya loji benih PPN Perak itu akan menghasilkan benih padi dalam kuantiti disasarkan berkenaan.

“Kita sememangnya sedang menunggu kuota benih padi daripada pihak kawal selia benih padi untuk dihasilkan di loji yang akan memulakan operasi sepenuhnya pada Julai nanti.

“Begitupun, saya telah bercakap dengan Ketua Pengarah Kawal Selia agar sekurang-kurangnya mendapat kuota bagi membekalkan kepada negeri ini termasuk negeri yang berhampiran dengan Perak Utara,” katanya di Majlis Penyampaian Baucar Back To School Yayasan Pelajaran Mara dan Yayasan Bina Upaya Negeri Perak, di sini hari ni.

Menurut Sham, loji benih PPN Perak itu diwujudkan bertujuan bagi mengeluarkan benih padi yang bermutu dan mengawal harga pasaran benih padi bagi membantu para pesawah khususnya di Perak.

“Kewujudan loji benih PPN Perak di Parit Buntar itu bukan bertujuan untuk bersaing dengan pihak pengeluar benih atau pengusaha sedia ada tetapi bagi memastikan benih padi dihasilkan bermutu tinggi.

“Saban tahun kita menerima pelbagai rungutan daripada pesawah tentang isu benih padi dibeli tidak berkualiti hinggakan ada pesawah yang menabur benih padi namun tidak tumbuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI