fbpx

Lelaki didakwa buat kenyataan palsu tuduh Datuk minta rasuah sehingga RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM mengiringi Abdul Hakimy (tengah) semasa tiba untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang pekerja swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi keterangan palsu dengan mengatakan seorang lelaki berpangkat Datuk meminta wang rasuah RM1 juta atau RM2 juta untuk menarik balik laporan polis kira-kira lima bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Hakimy Zulkifli, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah membuat satu penyataan bahawa Datuk Tan Kim Keah, 78, telah meminta wang rasuah sebanyak RM1 juta atau RM2 juta untuk menarik laporan polis di Kota Bharu yang akan diberikan kepada empat orang pegawai dan anggota polis.

Perbuatan itu dilakukan oleh Abdul Hakimy semasa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan tertuduh di bawah Seksyen 30(8) Akta SPRM 2009 di Pejabat SPRM Kelantan di sini kira-kira pukul 12.55 tengah hari pada 3 September 2023.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI