fbpx

Ibu mengandung maut dilanggar van klinik pergigian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan van pergigian yang terbabit dalam nahas membabitkan ibu mengandung di kilometer 37.8 Seremban-Tampin, dekat Pekan Kota, di sini, petang tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

REMBAU – Seorang wanita Orang Asli yang mengandung empat bulan maut selepas motosikal yang diboncengnya terbabit nahas dengan van klinik pergigian di kilometer 37.8 Seremban-Tampin, dekat Pekan Kota, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Nana Toni, 32, yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rembau.

Menurutnya, anak mangsa Norvinsaizul Norsaiful berusia tiga tahun yang turut membonceng motosikal berkenaan pula mengalami kecederaan luka di kepala dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kota.

“Kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dinaiki mangsa bersama anaknya dan seorang lelaki yang merupakan adik-beradiknya dengan van klinik pergigian.

“Siasatan awal punca kejadian mendapati motosikal dalam perjalanan keluar simpang dari arah simpang Klinik Kota di sebelah kiri jalan menuju ke simpang Pekan Kota di sebelah kanan jalan.

“Ketika motosikal mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan telah dilanggar oleh van yang bergerak terus dari arah Seremban menghala ke Tampin,” katanya, di sini hari ini.

Ujar Hazri lagi, akibat kemalangan itu, pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala dan telah dibawa ke hospital Rembau untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI