fbpx

Bella Hadid tetap harapkan kemerdekaan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA HADID

MODEL terkenal Bella Hadid tidak pernah jemu dan sentiasa berharap agar negara Palestin bebas daripada kekejaman tentera Israel.

Baru-baru ini, adik kepada Gigi Hadid itu telah berkongsi dalam Instagram miliknya sebuah kek dengan bentuk hati berwarna merah jambu yang tertulis harapannya untuk negara Palestin.

“Adakah Palestin saya akan dibebaskan?” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Bella turut meluahkan keinginannya untuk melihat pembebasan Palestin daripada kekejaman tentera Zionis yang telah berlarutan sejak sekian lama.

“Bebaskan Palestin,” katanya.

Perkongsian model berdarah Palestin berusia 27 tahun itu, sekali gus menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila dipuji berani menyuarakan sokongannya terhadap negara bergolak itu.

“Terima kasih kerana berani bersuara,” ujar seorang pengikutnya.

“Harapan kami sama seperti anda. Bebaskan Palestin,” kata seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI