fbpx

Ali Mustaqim sempat jerit tolong..tolong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat mangsa yang lemas di Sungai Kuala Sat di Jerantut.

JERANTUT – Mayat kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang ketika mandi di Sungai Kuala Sat berdekatan Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling dekat sini semalam ditemui kira-kira pukul 3.05 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, mayat Ali Mustaqim Rizman yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sat ditemui pada kedalaman 18 meter, kira-kira 20 meter daripada jarak mangsa dihanyutkan arus deras.

“Mayat mangsa yang ditemukan pada kedalaman 18 meter dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut.

“Berdasarkan bedah siasat mangsa disahkan mati akibat lemas oleh pegawai perubatan hospital dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama lima orang rakannya mandi di Sungai Kuala Sat sebelum mangsa kemudiannya menjerit meminta bantuan dipercayai lemas.

“Kejadian tersebut disaksikan oleh lima rakannya dan seorang wanita yang menjerit meminta bantuan sebelum bergegas memanggil penduduk kampung tetapi mangsa sudah tidak kelihatan dipercayai lemas,” katanya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sejurus menerima maklumat kejadian pada pukul 5.20 petang semalam sebelum ditangguhkan pada pukul 7.10 petang semalam

Katanya operasi disambung semula pada pukul 9.30 pagi hari ini dan mayat ditemukan pada pukul 3.05 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI