fbpx

BHP umum Hyatt Place JBCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON YAP (tiga dari kiri) pada majlis pemeteraian MoU antara BHP dengan Hyatt Hotels di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pemaju terkemuka, Bangsar Heights Pavilion (BHP) mengumumkan kerjasama dengan salah satu peneraju jenama hospitaliti global, Hyatt Hotels Corporation bagi menguruskan Hyatt Place Johor Bahru City Centre (JBCC) dengan 200 bilik, terletak di Quayside JBCC, Johor Bahru.

Menerusi kerjasama berkenaan, kedua-dua pihak bakal menawarkan perkhidmatan Hyatt Place yang disesuaikan untuk mereka yang bekerja ketika mengembara atau melancong bersama keluarga ke Quayside JBCC, seterusnya mengukuhkan kedudukan BHP sebagai peneraju dalam projek pembangunan inovatif.

Quayside JBCC ialah pembangunan bercampur berstatus pegangan bebas yang terdiri daripada komponen membeli-belah, hotel, suite perkhidmatan dan restoran mewah dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta. 

Terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru, ia tidak jauh dari Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif BHP, Aaron Yap berkata, pihaknya percaya perkongsian berkenaan akan menambah nilai kepada pemegang taruh kedua-dua syarikat.

“Hyatt Place ialah jenama diiktiraf di peringkat global dan terkenal dengan kemudahan moden, layanan mesra dan komitmen terhadap kepuasan tetamu, sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman lancar kepada pelanggan. 

“Kami percaya kepakaran mereka akan memainkan peranan penting dalam meletakkan Quayside JBCC sebagai destinasi utama di Johor Bahru,” katanya pada majlis pemeteraian kerjasama di sini, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI