fbpx

[VIDEO] Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut di dalam kereta Proton Saga dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Kechil, Napoh dekat Jitra petang tadi.

JITRA – Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bukit Kechil, Napoh dekat sini pada petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Saga dalam keadaan berlumuran darah.

Kejadian berbalas tembakan melibatkan sepasukan polis yang dalam tugas rondaan Op Laras.

Suspek ketika kejadian bersenjatakan sepucuk pistol.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh turut berada di lokasi kejadian dan dijangka mengadakan sidang akhbar sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI