fbpx

Ezzanie Jasny ‘angkat’ kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Ezzanie Jasny membeli Mercedes-Benz dengan hasil titik peluhnya.

BUKAN tuah badan berpeluang menghadiahkan diri sendiri sebuah kereta idaman, sebaliknya Pelakon Ezzanie Jasny membeli Mercedes-Benz dengan hasil titik peluhnya.

Berita gembira yang dikongsi dalam laman sosialnya itu sebenarnya dapat menyuntik semangat anak muda lain supaya gigih berusaha demi mengejar impian.

Tak kisahlah kenderaan idaman buatan luar negara mahu pun kereta tempatan, setiap satu beri kepuasan tersendiri kepada pemiliknya.

Dalam hal pelakon berusia 24 tahun itu, dia sebenarnya sudah membeli dua kenderaan dengan wang simpanannya termasuk Proton X50.

Mizz Lahar pun tumpang seronok dengan melihat pelakon baharu sepertinya meletakkan sasaran tertentu dalam kerjaya dan kehidupan.

Selepas ini tentu saja heroin drama bersiri Layang Layang Perkahwinan itu mahu membeli rumah dan hartanah. Tahniah sekali lagi!

Mizz Lahar: Ada selebriti seorang tu ada kereta besar, tapi hutang kawan dia buat-buat lupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI