fbpx

Dakwaan tiada kotak hitam disiasat CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (empat dari kiri) menyampaikan pingat kepada anggota UTK di Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan KDNKA PDRM 2024 di Markas Briged Utara, PGA Ulu Kinta di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Siasatan berhubung dakwaan tiada kotak hitam pada pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar semalam, akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini hanya menjalankan siasatan menjurus perkara lain yang berkaitan kemalangan.

“Isu (kotak hitam) ini, CAAM yang akan uruskan sama ada pesawat berkenaan dilengkapi kotak hitam atau tidak, itu di bawah siasatan mereka.

“Bagi pihak polis, kita jalankan siasatan berkaitan kemalangan dan CAAM pula menjalankan siasatan (di bawah bidang kuasa mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM 2024 di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, siasatan terhadap punca nahas pesawat tersebut dijangka mengambil masa setahun selepas ia dikatakan tidak mempunyai kotak hitam.

Perkara itu, didedahkan seorang pegawai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang mendakwa pesawat ringan itu juga tidak mempunyai kotak perakam suara kokpit (CVR), perakam data penerbangan (FDS) dan alatan sistem kedudukan global (GPS).

CAAM sebelum ini mengesahkan sebuah pesawat ringan terhempas melibatkan dua mangsa dikenal pasti sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI