fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh @Aammar_azman memaparkan keadaannya cuba turun sendirian semasa mendaki.

Rasa macam diperhatikan – Pemuda kongsi detik cemas semasa ‘hiking’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda yang cuba berjalan lebih laju daripada kumpulan pendakiannya bertukar menjadi cemas selepas merasai seolah-olah dirinya diperhatikan ‘sesuatu’.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh @Aammar_azman, dia berkongsi pengalamannya sebagai peringatan kepada susulan kes orang hilang semasa aktiviti pendakian.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa dia menyertai aktiviti merentas hutan (jungle trekking) ke kawasan Lata Berembun yang terletak di laluan pendakian ke Gunung Nuang.

“Masa tu memang dalam perjalanan nak turun. Aku cuba nak laju sikit daripada kawan-kawan yang lain, sebab memang dah nak sampai pun.

“Tapi aku tetap cuak. Rasa macam diperhatikan, banyak kali aku pusing belakang dan pandang sekeliling sebab diri ni bukannya berani sangat,” katanya.

Tambahnya, selepas merasakan ada yang memerhati, dia membuat keputusan untuk undur semula dan kembali bergabung dengan rakan-rakan yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menasihati agar sentiasa berada dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti pendakian supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Bro, naluri kau bagus. Kau undur dan bergabung balik tu satu keputusan bijak, ramai boleh belajar dari pengalaman ni,” ujar @Peann999.

“Nasib baik dapat jumpa balik kawan-kawan awak. Lain kali hati-hati ye dalam hutan ni memang kena peka dan sensitif dengan semua benda,” kata @Lamnotyou.25. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN