KUALA LUMPUR – Pengeluar tudung di bawah jenama Doa AZ optimis untuk mencapai jualan sehingga 150,000 helai tudung dalam tempoh dua bulan ini ekoran koleksi terbaharunya itu dapat memenuhi permintaan pelanggan yang sedang membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran tidak lama lagi.
Pegawai Pemasarannya, Nur Asyiqah Hussein berkata, ini adalah sebahagian daripada koleksi keluaran syarikat pada tahun ini yang melibatkan sehingga 180 rekaan dan untuk kumpulan awak yang dikenali sebagai Gempak Raya menawarkan sebanyak 20 rekaan baharu.
“Ada 160 baki koleksi baharu yang akan diperkenalkan di pasaran secara berperingkat dan setiap satu koleksi itu kami tidak mencetak semula untuk mengekalkan keasliannya dan mengelak daripada tudung tersebut dipakai oleh ramai orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung bertemakan Gempak Raya di sini baru-baru ini.
Nur Asyiqah menjelaskan, tudung bawal yang memiliki kemasan potongan laser yang berbeza daripada setiap edisi ditawarkan pada harga hanya RM29 sehelai.
Lebih menarik, setiap rekaan tersebut dikaitkan dengan menu tradisi hari raya seperti nasi impit, pulut kuning, ketupat, bihun sup, lontong, dendeng, laksa, satay dan mi kari. -KOSMO! ONLINE














