fbpx

Op Selamat 21: 1,558 kenderaan terlibat kemalangan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman merekodkan 1,558 kenderaan terlibat kemalangan di seluruh negara menerusi Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, statistik kemalangan jalan raya pada hari kelima operasi itu diikuti jumlah kemalangan sebanyak 1,261 kes.

“Turut direkodkan sebanyak 15 kemalangan maut yang mengakibatkan 17 kematian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar semua pengguna jalan terutamanya penunggang motosikal, sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada di dalam pergerakan lalu lintas.

Tambah Azman, pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mematuhi arahan selain memberikan kerjasama dengan petugas JSPT di lapangan.

“Elakkan memandu melebihi had kelajuan yang telah ditetapkan dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan,” ujar beliau.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebanyak 14 kes kemalangan maut mengakibatkan 14 kematian direkodkan pada hari keempat Op Selamat 21, kelmarin.

Statistik hari keempat operasi itu menunjukkan berlaku 1,203 kemalangan jalan raya yang mana membabitkan 1,480 kenderaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI