fbpx

Lelaki gigit anggota polis selepas ditahan tidak pakai topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penunggang skuter menggigit jari anggota polis di Bengaluru baru-baru ini. - Foto AFP

NEW DELHI –  Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menggigit jari anggota polis trafik di Bengaluru, India, selepas dia ditahan kerana melanggar undang-undang jalan raya.

Portal berita NDTV melaporkan, lelaki tersebut ditahan kerana menunggang skuter tanpa memakai topi keledar.

Semasa anggota polis berkenaan mengambil kunci skuternya, seorang lagi rakan setugas cuba merakam kejadian itu untuk merekodkan bukti pelanggaran peraturan lalu lintas.

Pada suatu ketika, lelaki tersebut menggigit jari anggota polis yang cuba untuk mengambil kuncinya.

Dalam rakaman video, lelaki itu menyatakan bahawa dia terlupa memakai topi keledar ketika menuju ke hospital dan tidak peduli sekiranya videonya menjadi tular.

Satu kes telah difailkan terhadap lelaki itu kerana mencederakan anggota polis yang bertugas secara fizikal, kata pihak berkuasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI