fbpx

Rafah dibom, lebih 100 orang terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP naik ke udara semasa tentera Israel mengebom bandar Rafah di Semenanjung Gaza hari ini. – AFP

BANDAR GAZA – Lebih 100 orang termasuk kanak-kanak terbunuh ketika Israel melancarkan serangan udara dan bedilan artileri sengit di berbilang kawasan di bandar paling selatan Semenanjung Gaza, Rafah sejak dari semalam, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), lapor saluran berita CNN.

Angka korban dibimbangi terus meningkat selepas PRCS berkata, sebilangan penduduk terperangkap di bawah runtuhan, manakala jet-jet perang Rejim Zionis masih berada di ruang udara Rafah.

Pengarah Hospital Abu Yousef Al-Najjar berkata, kemudahan perubatan di Rafah tidak dapat menangani sebegitu ramai mangsa yang cedera akibat serangan bertalu-talu Israel.

Sekurang-kurangnya dua buah masjid dan kira-kira 12 kediaman dibom dalam serangan udara itu, kata pihak pentadbiran tempatan hari ini.

Tentera Israel mengesahkan pihaknya melancarkan serangan udara tersebut yang menyasarkan kawasan Shaboura di Rafah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI