fbpx

Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Langkawi, Seberang Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANTAI Cenang, Pulau Langkawi.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung bermula hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Pulau Langkawi dan Pokok Sena, Kedah serta Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Tambahnya, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah selsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI