fbpx

Buang brek belakang motosikal mahu nampak ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifly menunjukkan motosikal yang diubah suai di susur masuk lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, malam tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Motosikal milik penghantar p-hailing antara 13 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Ops Motosikal sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di susur masuk Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini, malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, motosikal yang disita itu diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.

“Kita dapati motosikal yang ditunggang lelaki berusia 30-an itu diubah suai secara ekstrem apabila tidak mempunyai brek belakang. Motosikal sama juga turut dikesan menggunakan tayar bersaiz kecil dan ‘swing arm’ yang panjang sekali gus menyebabkan risiko untuk penunggang terlibat dalam kemalangan amat tinggi.

“Justeru, motosikal terbabit disita bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku menjurus kepada kecederaan parah atau kemalangan maut,” katanya.

Dalam operasi sama, JPJ turut menyita sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu susulan tidak mempunyai lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada insurans.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata secara keseluruhannya, sebanyak 453 motosikal telah diperiksa dengan 135 daripadanya dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam perkembangan lain juga, beliau berkata, sebanyak 7,691 kenderaan telah diperiksa sepanjang Ops Khas Bulan Perayaan Tahun 2024 yang bermula 1 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI