fbpx

Jenazah tiga beradik tragedi kepala air selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM (duduk, dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan semasa pengebumian jenazah tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, Tapah hari ini

TAPAH – Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan di dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Mayat mangsa lemas iaitu, Hanum Marissa Azam, 2, Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, dikebumikan berdekatan pusara ibu mereka, Allahyarham Aszura Bani, 37.

Kira-kira 60 orang mengiringi proses pengebumian itu termasuk bapa kandung mereka, Azam Radin Mustapha Aminuddin, 46.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah dibawa ke Masjid Al-Muhtadin, Bidor untuk solat jenazah yang disertai kira-kira 50 ahli keluarga terdekat dan kariah masjid pada pukul 5.20 petang tadi.

Media melaporkan, hajat empat beranak bersuka-ria untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila keempat-empat mereka menemui maut ekoran kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor kira-kira pukul 4 petang semalam.

Namun, tiga yang lain iaitu kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun serta seorang pengasuh wanita warga Indonesia, Harnani Shera yang berusia sekitar 30-an selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI