fbpx

Proses mahkamah syariah tidak seragam ‘meletihkan’ peguam syarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa pada Majlis Wacana Kehakiman dan Perundangan Syariah 2024 di Hotel Everly, Putrajaya hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Segala prosedur dan tatakelola kehakiman serta perundangan di semua mahkamah syariah yang ketika ini masih berbeza-beza antara negeri perlu diselaraskan.

Gesaan itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang yang menyifatkan proses mahkamah tersebut ‘meletihkan golongan peguam syarie yang mengendalikan kes di mahkamah syariah.

Sebagai contoh katanya, tuntutan pengesahan lafaz cerai dan kes poligami apabila ada negeri yang memulakan prosiding itu dengan saman dan pernyataan tuntutan.

Walau bagaimanapun ujarnya, ada juga negeri yang didapati masih menggunakan kaedah permohonan dan afidavit hingga boleh mengelirukan pengamal undang-undang syariah.

“Mengapa perkara sekecil ini pun tidak dapat kita selaraskan bersama? Begitu juga ada sesetengah peruntukan terdapat di negeri tertentu tetapi tiada pula di negeri lain,” soalnya ketika berucap pada Wacana Kehakiman dan Perundangan Islam 2024, di sini hari ini.

Apatah lagi jelasnya, cabaran terhadap institusi mahkamah syariah pada hari ini begitu hebat dengan banyak keputusan ditetapkan dibawa untuk dicabar mahkamah sivil.

Beliau menyenaraikan contoh kes Indira Gandhi Mutho di Perak, Iki Putra Mubarak di Selangor dan terbaharu, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang melawan kerajaan Kelantan.

Sekiranya isu sistem mahkamah syariah tidak dapat diseragamkan, Musa risau akan ada pihak menggunakan kelemahan ini sebagai senjata bagi mencabar perundangan syariah.

Namun begitu, beliau bersyukur dan tidak menafikan komitmen pihak JKSM dan negeri cuba menyelaraskan perkara itu menerusi nota Arahan Amalan diterbitkan setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI