fbpx

Dua beranak lemas dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak ditemui lemas dalam sebuah kolam berhampiran rumahnya di Kampung Nasib Kita, Tawau, Sabah semalam. - IHSAN MEDIA SOSIAL

TAWAU – Dua beranak ditemui lemas di dalam sebuah kolam berhampiran rumahnya di Kampung Nasib Kita semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun dan anak lelakinya berusia tujuh tahun itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam semalam.

“Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa terbabit telah dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada ia ini adalah kes bunuh ataupun mati mengejut,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut setelah semua laporan bedah siasat diterima dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar berhubung dengan balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI