fbpx

Tiga sekawan dituduh edar dadah dalam jirat Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thasvindran (kiri) dan Nadarajan (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di George Town, hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis.

GEORGE TOWN – Tiga sekawan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 102,862 gram di kawasan jirat Cina di Jalan Mount Erskine, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh iaitu A.Nadarajan, 51, dan R. Thasvindran,32, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.

Seorang lagi, tertuduh SR. Karanan, 35, tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana dia berada di penjara.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 102,862 gram. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 25 Januari lalu, kira-kira pukul 3 petang di Kwangtung, Jalan Mount Erskine, di sini.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan M.Darrshini dan kedua tertuduh tidak diwakili peguam bagi kes tersebut.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 April sebagai tarikh serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Dalam pada itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama,Nadarajan, turut didakwa atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 7.82 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 24 Januari lalu, kira-kira pukul 4 petang di hadapan kandang lembu, Hong Seng Estate, di Jalan Mount Erskine, di sini.

Bagi kes itu, Nadarajan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Darrshini berkata, tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada Nadarajan.

Peguam yang mewakili Nadarajan bagi kes itu, Edmund Anthony Hermon meminta mahkamah mengurangkan hukuman kepada anak guamnya kerana hanya bekerja sebagai seorang buruh yang berpendapatan RM50 sehari sahaja.

Majistret Nadratun Naim kemudian menetapkan 16 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan Nadarajan ditahan di penjara reman sehingga laporan kimia siap. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI