fbpx

Suami maut, isteri parah motosikal terbabit kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Gomak, Taman Sutera, Semporna pagi semalam. -Foto:, Ihsan Bomba-

SEMPORNA – Seorang lelaki maut, manakala isterinya parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Gomak berdekatan Taman Sutera pagi semalam.

Mangsa, Amir Afzal yang merupakan warga Pakistan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.53 pagi.

Seramai lima anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati nahas membabitkan motosikal yang bertembung dengan kereta di laluan bertentangan.

“Mangsa menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala isterinya yang berusia 53 tahun pula parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. Isteri si mati diberikan rawatan oleh pasukan EMRS, sebelum dibawa ke Hospital Semporna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI