fbpx

Mizz Nina penjaga sah Musa, Noh tiada dalam dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mizz Nina (kiri) bertegas tidak sepatutnya berlaku pertikaian berhubung hak penjagaan anak angkatnya, Musa memandangkan dia mempunyai dokumen lengkap rasmi sebagai penjaga sah.

SHAH ALAM: “Kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).”

Demikian penjelasan aktivis kemanusiaan Mizz Nina bertegas tidak sepatutnya berlaku pertikaian berhubung hak penjagaan anak angkatnya, Musa memandangkan dia mempunyai dokumen lengkap rasmi sebagai penjaga sah.

Atas alasan tersebut, Nina atau nama lengkapnya Shazrina Azman, 44,membuat penarikan balik kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara..

“Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan untuk mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh). Jadi dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.

“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” kata Mizz Nina kepada Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Ditanya sekiranya akan ada hak penjagaan sama rata, Nina enggan memberikan jawapan jelas selain menegaskan hak penjagaan berada di bawahnya.

“Sebagaimana peguam jelaskan, tiada lagi pergaduhan dan ini bukan kes penjagaan. 100 peratus hak pengambilan anak angkat,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, bekas penyanyi wanita itu mahu membesarkan Musa dalam persekitaran sihat bersama keluarganya yang lain tanpa ada sebarang permasalahan berlaku.

“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran-jiran dan semua orang yang sayangkan dia, persekolahannya. Jadi saya mahu dia dibesarkan dengan cara yang terbaik,” jelasnya.

Mizz Nina yang mesra disapa sebagai Nina itu hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.

Dalam masa sama, peguam syarie yang mewakili Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan menjelaskan tiada isu berbangkit selepas ini kerana kes ditarik balik dengan menyatakan Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah.

“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik dan pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan yang diambil setakat ini.

“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya jadi tiada siapa boleh melawat.

“Keputusan muktamad adalah kepada ibu anak tersebut yang memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” kata Fakhrul.

Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Fakhrul Azman Abu Hassan berkata tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI