PETALING JAYA – Mengemudikan sesebuah empayar perniagaan bukan hanya terletak pada kekuatan produk, perkhidmatan, promosi dan kekuatan tenaga kerjanya tetapi juga lebih memainkan peranan adalah kebijaksanaan ketua itu mengoperasikan bisnesnya dalam mana keadaan sama ada ketika susah ataupun senang.
Wanita yang berkerjaya tinggi yang memimpin sesebuah syarikat selalunya dilihat agak tegas dan kadang-kadang dituduh sebagai ‘bossy’ tetapi itulah antara kunci kejayaan bagi perniagaan mereka dan ini turut diamalkan oleh Pengasas syarikat SWI Global Sdn. Bhd. melalui jenama popularnya Mamamuda, Izzlin Azhar yang lebih bersikap terbuka kepada kakitangannya dan mengamalkan konsep kerja berpasukan.
Beliau tidak memikul tanggungjawab sekadar untuk memajukan perniagaan semata-mata tetapi perlu perlu membina semangat kerja berpasukan terhadap hampir 30 pekerjanya agar mereka fokus dengan tugas masing-masing.
“Saya tidak mahu dilabel sebagai seorang ketua atau boss yang cerewet dan tiada daya kepimpinan yang baik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Izzlin, 47, yang telah terlibat lebih 13 tahun dalam pelbagai bidang perniagaan sebelum ini juga pernah menimba pengalaman bekerja dalam sektor korporat.
Bagaimanapun, sikap keusahawanan yang ada dalam dirinya sejak dibangku sekolah lagi dengan terlibat berniaga secara kecil-kecilan menjadikan dirinya lebih cenderung untuk meneruskan misinya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Ibu yang memiliki tiga orang anak itu pernah mengoperasikan butik menjual pakaian tetapi kerana terdapat pelbagai masalah, ia terpaksa ditutup dan bangkit semula dengan meneruskan usaha menjual produk penjagaan kecantikan dan kesihatan.

“Menguruskan perniagaan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Selain berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kerugian, penipuan dan masalah dalam pengurusan sumber manusia (pekerja), setiap faktor perniagaan memerlukan kecekapan dan kepimpinan yang baik,” ujarnya.
Tumpuan beliau kini adalah terhadap keluaran pelbagai produk keluaran syarikat popularnya iaitu Jus Yussi iaitu minuman campuran botani khas untuk wanita yang dibungkus dalam sachet.
Jus Yussi berperisa anggur hitam ini, membantu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan membantu memberi tenaga tambahan serta meningkatkan sistem imun badan selain mengatasi masalah haid yang tidak teratur.
Antara ramuannya adalah kurma, delima, pueraria mirifica, pueraria lobata, kacip fatimah, manjakani, akar serapat, kolagen, asam keping, kunyit, halia, mas cotek, ctevia dan perisa anggur hitam.
Selain itu, ia juga secara dalaman meningkatkan kesihatan kulit wajah wanita yang agak kusam, sebelum ini dan membantu mengurangkan jeragat.
Tambah Izzlin produk Jus Yussi sesuai untuk wanita berkahwin, wanita bujang, gadis remaja yang telah akil baligh dan wanita menopaus itu dijual pada harga RM59.90 seunit.
Kelebihan produk ini juga tidak menggunakan pemanis (gula). Bagi memastikan ia sihat dan selamat, produk Mamamuda menggunakan pemanis dari Stevia.
Usahawan yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu memberitahu, produk keluaran syarikat telah menjalani proses kajian dan pembangunan yang teliti bagi mencapai status terbaik sekali gus bakal memberi kesan positif kepada para pelanggannya.

Lantas testimoni yang baik daripada pelanggan pastinya akan menggalakkan penglibatan pelanggan baharu untuk membeli.
Disebalik kejayaan wanita yang popular dengan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Izzlin juga tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan produk masakan dan syarikat turut mengilang dan memasarkan Sambal Belacan Goreng Kak Lin yang dijual dengan harga RM20.00
Bersandarkan prestasi jualan beberapa produknya selain dua yang utama itu, syarikat mengunjurkan perolehan antara RM200,000 hingga RM300,000 sebulan dan ia disokong kuat oleh rangkaian kumpulan pengedarannya di seluruh negara.
Rangkaian ini menyusun strategi menjual produk secara online dan offline dan ia dipantau secara langsung oleh ibu pejabat syarikat.
Katanya, pemborong turut dilantik di bawah seliaan pasukan elitnya dan juga terdapat juga pengedar kecil yang melaksanakan kempen promosi serta jualan.
Mengulas lanjut tentang perancangan tahun ini, Izzlin berkata, pihaknya sedang menyusun strategi untuk menambah kapasiti pasukan pemasaran dan peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.
“Saya juga merancang menambah jumlah pasukan elit yang merupakan pasukan ejen jualan Mamamuda secara borong.
“Terdapat lima pasukan elit yang mempunyai jumlah ahli masing-masing di bawah mereka, selain ejen-ejen kecil yang menjalankan pemasaran dan jualan produk.
Kaedah jualan produk kami lebih fokus melalui jualan secara terus atau transaksi di ibu pejabat Mamamuda.
“Untuk pengedar, kami melantik pemborong-pemborong tertentu sahaja di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Bagi menyokong strategi pemasaran, kami aktif menerbitkan video-video yang mengandungi jalan cerita dan moral positif berbentuk drama di platform media sosial,” terang beliau.
Dalam pada itu, selain tumpuan terhadap pasaran domestik, syarikat juga telah berjaya menembusi pasaran di Singapura dan Indonesia, selain pasaran baharu di luar negara anataranya ialah Kemboja dan Myanmar.














