fbpx

Gagal seludup benih udang hidup dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa APMM memeriksa bungkusan plastik mengandungi benih udang hidup yang dirampas di jeti persendirian Kampung Kuala Sanglang, Sanglang awal pagi ini.

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 312 bungkusan benih udang hidup dari Thailand di jeti persendirian Kampung Kuala Sanglang, Sanglang dekat sini awal pagi ini.

Serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu dilakukan selepas penguat kuasa mengesan aktiviti pemunggahan mencurigakan di jeti tersebut.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, berdasarkan maklumat risikan, bot ronda APMM iaitu Perkasa 1224 yang sedang melaksanakan rondaan pemantauan diarah ke lokasi untuk melakukan serbuan.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati tiada sesiapa di jeti tersebut dan pemeriksaan menemui 312 bungkusan plastik disyaki mengandungi benih udang hidup ditinggalkan di situ.

“Benih udang hidup berkenaan dipercayai cuba diseludup masuk dari Thailand ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua bungkusan plastik mengandungi benih udang berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000 dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 40 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia ikan hidup tanpa permit atau dengan melanggar apa-apa syarat dalam permit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI