fbpx

Ular tedung melingkar atas bilah kipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular tedung berada di atas bilah kipas yang kemudian menjadi tular di India. - Foto Chandrasekaran/Instagram

NEW DELHI – Satu rakaman video memaparkan seekor ular tedung melingkar di atas bilah kipas yang sedang berpusing secara perlahan dipercayai di sebuah rumah, lapor akhbar India Today kelmarin. 

Rakaman itu dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Chandrasekaran di laman Instagram baru-baru ini.

Kipas itu dilihat berpusing pada kelajuan perlahan sebelum ia hampir terhenti, dipercayai akibat berat ular tersebut.

Tidak dijelaskan apa yang terjadi kepada ular yang berada di atas bilah kipas itu.

Video itu menjadi tular di internet dan netizen memberikan pelbagai komen berhubung situasi tersebut dengan kebanyakan mereka menyatakan rasa terkejut melihat kejadian itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI