fbpx

KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly ketika berucap di sidang akhbar Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, di sini hari ini. FOTO oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan seterusnya terhadap penjualan produk seakan-akan vape juga dikenali sebagai ‘energy stick’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau telah menerima laporan mengenai penjualan produk tersebut dan telah mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan siasatan lanjut.

“Saya sudah menerima aduan (mengenai penggunaan ‘energy stick’) dan akan diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk diambil tindakan seterusnya,” katanya pada di sidang akhbar, Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, penggunaan ‘energy stick’ atau penyedut hidung (nasal inhaler) telah meningkat naik dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), produk tersebut dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10.

Menurut PHM, penggunaan ‘energy stick’ itu juga berpotensi untuk menjerat pengguna kepada penggunaan vape dan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI