fbpx

Kena ‘move on’, kuatkan UMNO – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari selepas perjumpaan khas tertutup bersama ketua-ketua Bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, WTC di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta ahli-ahli parti akur serta menerima keputusan berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pada masa sama, semua ahli UMNO diminta bergerak ke hadapan dan menguatkan kembali parti tersebut serta meneruskan kerja-kerja kepada masyarakat.

“Kita kena terimalah apa sahaja keputusan dibuat oleh undang-undang. Sebagai ahli UMNO, kena akur keputusan dan ‘we move on’ (bergerak ke hadapan) lah.

“Jadi kita kuatkan balik parti dan kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa UMNO akan terus bekerja sama bergerak untuk pastikan bahawa kita boleh baik pulih parti menjelang 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan khas tertutup bersama ketua-ketua Bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Perjumpaan khas itu dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman Najib sebanyak 50 peratus yang mana beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain itu, denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Najib menjalani hukuman sejak 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI