fbpx

Juruukur bahan IPTA didakwa terima rasuah motosikal Yamaha Y15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malike (tengah) didakwa menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang juruukur bahan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM14,500 dan sebuah motosikal Yamaha Y15 pada lima tahun lalu.

Tertuduh, Malike Mohamed, 52, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia selaku juruukur bahan kanan sebuah IPTA di Kuala Nerus didakwa secara rasuah memperoleh suapan bernilai RM3,000.

Bayaran itu diterima pada 15 Mei 2019 itu didakwa sebagai dorongan bagi melancarkan tuntutan bayaran interim yang dibuat sebuah syarikat terhadap IPTA berkenaan.

Malike didakwa menerima suapan lain bernilai keseluruhan RM14,500 pada 27 Jun 2019, 3 November 2019, 12 Disember 2019, 1 Januari 2020, 6 Januari 2020, 24 Januari 2019 dan 6 Julai 2020.

Tertuduh turut didakwa menerima sebuah motosikal Yamaha Y15ZR atas dorongan sama di Kampung Mengabang Tengah, Kuala Nerus pada Ogos 2019.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI