fbpx

Kapal perang Russia RM331 juta karam dibedil dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DETIK-detik kapal perang Russia karam di luar pantai Semenanjung Crimea baru-baru ini. - Foto Kementerian Pertahanan Ukraine

KIEV  – Kiev mendakwa bahawa tentera Ukraine berjaya menenggelamkan sebuah kapal perang Russia  berharga 6.33 bilion rubel (RM331 juta) dalam satu serangan dron ‘kamikaze’, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Rakaman video mengenainya menunjukkan detik kapal perang Ivanovets sepanjang 66.08 meter itu diserang beberapa dron di luar pantai Semenanjung Crimea baru-baru ini,  manakala nasib krunya tidak dapat dipastikan.

Menurut maklumat Tentera Ukraine di platform Telegram, kapal Ivanovets rosak teruk dan karam.

Kapal perang itu berada di Teluk Donuzlav, barat Crimea ketika kejadian.

Bagaimanapun, Moscow masih tidak mengesahkan insiden tersebut. 

Beberapa buah dron dipercayai menjadikan kapal Ivanovets sebagai sasaran. Serangan itu dilakukan  oleh pasukan khas Kumpulan 13 daripada  agensi perisikan tentera Ukraine, GUR.

Jika disahkan, Ivanovets merupakan kapal Russia terbaharu yang karam. Sebelum ini,  kapal perang Moskva turut karam akibat bedilan peluru berpandu Neptune pada April 2022. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI