fbpx
VAN DIJK (kiri) dua kali terlibat dalam insiden kekasaran sehingga peminat Chelsea mendakwa mereka perlu diberikan sepakan penalti. - AFP

EPL: Peminat Chelsea berang mutu pengadil, VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Para peminat Chelsea nyata tidak gembira dengan mutu pengadilan ketika pasukan itu tewas 1-4 berdepan Liverpool di Anfield awal pagi semalam apabila dinafikan dua sepakan penalti.

The Reds berjaya mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan lima mata selepas Diogo Jota, Conor Bradley, Dominik Szoboszlai dan Luis Diaz mencetak nama selaku penjaring.

Chelsea mendakwa mereka seharusnya diberikan sepakan penalti pertama ketika Conor Gallagher dijatuhkan oleh Virgil Van Dijk dalam kotak penalti, manakala penalti kedua dinafikan ketika Christopher Nkunku pula dijatuhkan oleh pemain pertahanan Liverpool itu.

Pengadil perlawanan yang merujuk kedua-dua insiden berkenaan menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) enggan memberikan sepakan penalti kepada Chelsea sehingga menimbulkan kemarahan peminat.

Bekas bintang Southampton, Matt Le Tissier turut memberikan pendapat bahawa pengadil dan VAR gagal berfungsi dengan baik pada perlawanan tersebut dengan menganggap Chelsea sepatutnya diberikan dua sepakan penalti berkenaan.

“Sekali lagi VAR telah memalukan ‘dirinya’ sendiri di Anfield pada perlawanan kali ini,” katanya.

Hantaran dan ciapan di laman-laman sosial dibanjiri komen yang mengecam tindakan pengadil dan VAR apabila dua insiden tersebut dianggap sebagai kekasaran jelas yang dilakukan Van Dijk.

Sebahagian juga berpendapat bahwa gol kedua Liverpool hasil ledakan Bradley sepatutnya tidak disahkan kerana berlakunya insiden pelanggaran antara Ben Chilwell dan Diogo Jota sebelum jaringan tersebut dihasilkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN