fbpx

Permohonan lesen pusat urut, spa di Johor Bahru dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN premis perniagaan spa, refleksologi dan urutan yang beroperasi di sekitar bandar raya Johor Bahru. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membekukan semua permohonan lesen baharu premis perniagaan kesihatan seperti spa, refleksologi dan urutan bermula semalam.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, semua pembekuan permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini adalah secara menyeluruh bagi permohonan di rumah-rumah kedai, bangunan hotel dan kompleks perniagaan atau membeli belah dalam kawasan MBJB.

Menurutnya, ia berikutan lambakan premis ini dengan 20 permohonan baharu diterima pihaknya setiap bulan.

“Permohonan yang diterima oleh Jabatan Pelesenan MBJB sehingga 31 Januari lepas juga akan diberikan status tangguh dengan semakan, sehingga permohonan dibuka semula pada masa yang akan diumumkan oleh MBJB kelak.

“Satu garis panduan berhubung jenis aktiviti perniagaan akan dikeluarkan oleh MBJB sebagai panduan untuk pengusaha-pengusaha aktiviti perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini.

“Justifikasi pembekuan permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini adalah bagi membuat perancangan semula serta menjenamakan semula aktiviti perniagaan berasaskan kesihatan seperti spa, rawatan urutan atau urutan tradisional dan refleksologi supaya setanding dengan negara-negara maju yang akan digariskan dalam satu garis panduan atau polisi yang baharu bersesuaian dengan imej MBJB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Portal GeoJB versi 3.0 sempena ulang tahun pengisytiharan MBJB ke 30 di Menara MBJB di sini, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI