fbpx

Rupa-rupanya anak saudara, balu Abam Bocey belum bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEKA-teki Hidayah Hamzah yang disangka telah bertunang dengan seorang jejaka misteri terjawab apabila lelaki tersebut adalah anak saudaranya.

PETALING JAYA – Teka-teki balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Hamzah yang disangka telah bertunang dengan seorang jejaka misteri terjawab apabila lelaki tersebut rupa-rupanya adalah anak saudaranya.

Perkara itu terbongkar selepas tular komen seorang pengguna dalam Facebook yang menegur fizikal lelaki itu lebih tinggi berbanding ibu saudaranya (Hidayah).

“Anak saudara lebih tinggi daripada Dayah (Hidayah). Macam mana tu?” komen seorang wanita.

Hidayah kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan memberitahu sengaja bergambar dengan anak saudaranya kerana mahu membandingkan ketinggian lelaki itu dengannya.

“Betul anak saudara lebih tinggi berbanding mak saudaranya. Saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” balasnya.

Seorang lagi pengguna Facebook kemudian memberitahu bahawa, Hidayah belum lagi bertunang seperti yang dikhabarkan media baru-baru ini.

Namun ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu telah terbuka hati untuk mencari seseorang pada tahun ini.

“Dayah cakap tahun ini baru dia terbuka hati untuk lelaki. Tapi dia tak cakap pun ada jumpa siapa-siapa,” komen wanita tersebut.

Terdahulu, Hidayah mencetuskan tanda tanya selepas berkongsi foto berada di atas pelamin sambil memegang bunga tangan bersama seorang lelaki bersongkok.

Perkongsian wanita itu menerima banyak ucapan tahniah apabila disangka telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya.

Terdahulu, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Allahyarham Abam pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.

Industri seni hiburan tempatan bagaimanapun dikejutkan dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI