fbpx

Piala FA: Isu Rashford goncang Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mengesahkan kemaraan ke pusingan kelima Piala FA selepas membenam cabaran Newport pada aksi di Rodney Parade awal pagi semalam. - AFP

SOUTH WALES – Kejayaan Manchester United mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Newport County 4-2 awal pagi semalam diselubungi isu ‘kehilangan’ khidmat penggempur sensasinya, Marcus Rashford yang mencetuskan isu baharu kelab itu.

Rashford tidak menyertai sesi latihan United sejak Jumaat lalu apabila mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan, namun beberapa jam kemudian fotonya sedang memasuki sebuah kelab malam di Belfast, Ireland tersebar.

Pengendali United, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa beliau mendapat penggilan telefon daripada pemain itu yang mendakwa dirinya berdepan masalah kesihatan dan isu mengenai foto yang tersebar itu dianggap sebagai masalah dalaman.

“Dia (Rashford) dilaporkan tidak sihat. Mengenai perkara itu (foto yang tersebar) ia adalah masalah dalaman dan saya akan uruskan mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ten Hag enggan mengulas mengenai budaya yang tidak sihat wujud dalam pasukannya selepas situasi melibatkan Rashford.

“Saya tidak mahu mengherat perkara ini hingga ke situ. Saya fikir pasukan telah mempamerkan aksi yang baik kali ini. Selain daripada itu, kami akan selesaikannya,” jelasnya.

Pada aksi awal pagi semalam, United memulakan aksi dengan menyakinkan apabila meledak dua gol awal menerusi Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo dalam tempoh 13 minit pertama perlawanan.

Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan kebangkitan Newport yang berjaya menyamakan kedudukan sebelum Antony dan Rasmus Hojlund memastikan kemenangan apabila meledak gol kemenangan pasukan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI