fbpx

Kepala ular menjulur dari lubang ‘air-cond’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepala ular tersebut muncul di sebalik lubang penyaman udara di tempat duduk pemandu. – Lily Divine

BUNDABERG, AUSTRALIA – Sebuah keluarga di Australia mengalami detik cemas apabila seekor ular muncul dari lubang pendingin hawa kereta ketika mereka berada di dalam kenderaan itu, lapor laman berita 7News.au.

Dalam kejadian pada minggu lepas, Lily Divine berkata, dia dan keluarganya sedang melalui Jalan Elliott Heads di bandar Bundaberg, negeri Queensland apabila bapanya tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan.

“Ada ular di dalam kereta dan ia cuba mematuk saya sebentar tadi,” kata bapa Divine.

Tambah Divine, mereka sekeluarga kemudian keluar dari kereta dan menunggu selama kira-kira 5 minit sebelum kepala ular tersebut muncul di sebalik lubang penyaman udara di tempat duduk pemandu.

“Kami melihat ia keluar dari lubang pendingin hawa sebelum bergerak ke bahagian lain di dalam kereta, namun kami tidak dapat memastikannya,” katanya.

Keluarga itu percaya reptilia tersebut masuk ke dalam kereta melalui pintu yang dibiarkan terbuka semalaman.

Disebabkan tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa meneruskan perjalanan dengan penuh berhati-hati dan membiarkan tingkap kereta dibuka semalaman supaya ular itu keluar.

“Keesokan paginya, ia sudah tiada,” ujar Divine.

Tambahnya, mereka percaya reptilia itu adalah ular pokok dengan anggaran panjang lebih 1 meter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI