fbpx

Penghuni rumah kos rendah Selangor dikecualikan cukai taksiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim

SHAH ALAM – Pengecualian cukai taksiran bagi rumah kos rendah di Selangor diteruskan untuk tempoh kesembilan tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, bagaimanapun pengecualian cukai taksiran bagi kediaman kampung akan dilaksanakan secara bersasar.

Katanya, ini mengikut keluasan pegangan tapak tanah, berpendapatan RM5,000 ke bawah dan status warganegara yang menetap di negeri ini.

“Perubahan tersebut dilakukan selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Disember lalu membenarkannya.

“Untuk rumah kos rendah tidak terjejas akan terus menikmati pengecualian. Kita mahu bantuan ini sampai kepada mereka yang sebenarnya memerlukan.

“Sebab kalau di Sekinchan sebagai contoh ada rumah dekat kampung baru yang lebih besar daripada banglo tetapi kalau kita pukul rata (pengecualian cukai taksiran) semua akan dapat, tidak adil kepada penduduk yang rumahnya tak besar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Suee Lim memberitahu, pemansuhan pengecualian cukai itu berkuatkuasa bermula tahun ini melibatkan 310,740 pegangan hartanah di kampung baru dan tradisi di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri.

Justeru, beliau menganggarkan kutipan cukai taksiran bagi kategori tersebut boleh mencecah sehingga RM45.2 juta jika tiada permohonan pengecualian dibuat pada tahun ini.

“Ada orang bising, jadi kerajaan negeri dengar semua pandangan dan PBT berikan maklum balas.

“Jadi kita buat satu tindakan yang komprehensif bagi memastikan mereka yang betul-betul memerlukan, golongan sasar, kita bantu dengan pengecualian. Yang rumah besar-besar dan mampu, kita minta mereka bayar,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI