fbpx

MSU Heritage Walk Series promosi 6 warisan Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 1,000 peserta menyertai MSU Heritage Walk Series: Kajang Heritage Walk, hari ini.

PETALING JAYA – Kira-kira 1,000 pelajar menyertai program Management and Science University (MSU) Heritage Walk Series: Kajang Herritage Walk bagi mempromosi enam mercu tanda bandar Kajang.

Program itu yang merupakan edisi ke-5 dianjurkan melalui School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Tourism Selangor.

Hadir bagi melancarkan program berkenaan ialah Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr. Junainah Abd. Hamid, Timbalan Yang Dipertua MPKJ, Mohd. Fareez Mohd. Ariss dan Dekan SHCA, Azizul Jamaludin.

Menurut Junaninah, Kajang Heritage Walk merupakan aktiviti berjalan kaki menyelusuri bangunan-bangunan warisan atau mercu tanda yang masih kekal strukturnya dan mempunyai nilai sejarah yang menarik.

“Ia termasuk Stadium Kajang, Shen Sze Yar Temple, Lorong Sejarah, Kajang Heritage Centre, Kedai Runcit Kwong Sah Woh dan Pejabat Pos Kajang.

“Program berbentuk bimbingan ini juga bermatlamat menerapkan kemahiran pelajar dan mengetengahkan kepentingan sejarah kepada generasi muda,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, majlis pelancaran program itu turut menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM10,000 kepada Yayasan MSU sebagai sumbangan untuk Gaza Humanity Aids.

Untuk rekod, MSU Heritage Walk Series melibatkan penganjuran Kuala Lumpur Heritage Walk pada 2018, Royal Klang Town Heritage Walk (2019), Shah Alam Heritage Walk: Virtual Edition 2021 serta Putrajaya Iconic Tour (2022).  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI