fbpx

20 kuota ahli majlis PBT Selangor masih dibuka kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ng Suee Lim

SHAH ALAM -Kuota ahli majlis di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini masih dibuka kepada Barisan Nasional (BN).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, ini melibatkan kuota 20 kerusi kepada BN dan komponennya walaupun 11 PBT telah selesai majlis angkat sumpah.

“Kekosongan tersebut pula tidak semestinya perlu diisi segera, mereka boleh mengisinya pada masa akan datang,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan 20 kuota ahli majlis PBT yang diberikan kepada parti itu dikembalikan semula dan meminta untuk terlibat dalam pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Suee Lim menegaskan beliau menghormati pendirian dan permintaan dibuat oleh kepemimpinan UMNO Selangor khususnya berhubung kuota ahli majlis serta pelantikan 373 ketua-ketua kampung dalam JPKK di seluruh Selangor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI