fbpx

9 warga Pakistan ditembak mati di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera Pakistan dan Iran berkibar di sempadan di Taftan pada 25 Februari 2020. - AFP

TEHERAN – Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali membunuh sembilan pekerja warga Pakistan di kawasan sempadan Iran yang bergolak semalam.

Agensi berita Mehr melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di kejiranan Sirkan dekat bandar Saravan, wilayah Sistan-Baluchistan, Iran.

Sehingga kini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Timbalan Gabenor Sistan-Baluchistan, Alireza Marhamati mengesahkan kematian sembilan mangsa, manakala tiga orang lagi dilaporkan cedera.

“Menurut seorang mangsa yang terselamat, tiga lelaki bersenjata menembak warga asing (Pakistan) selepas menceroboh kediaman mereka sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.

Duta Pakistan ke Teheran, Muhammad Mudassir Tipu dalam satu kenyataan di laman  X berkata, beliau sangat terkejut dengan pembunuhan sembilan warga Pakistan di Saravan.

“Kedutaan Pakistan akan memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa. Kami menyeru Iran memberikan kerjasama penuh dalam perkara ini,” jelasnya.

Jurucakap kementerian luar Pakistan, Mumtaz Zhara Baloch turut meminta pihak berkuasa Iran untuk menyiasat kejadian itu dan menghukum mereka yang terlibat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI